Isnin, 20 Mei 2013

MESYUARAT KHAS MENJAYAKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013

 Pamplet JK Kejohanan Merentas Desa SKRKTST 2013
 PK Ko Pn Dorothy hadir
 SU Sukan Cikgu Fadzil menampaikan taklimat program
 PK1 Pn Asmarani turut hadir bersama PK Ko/PK HEM
 Guru  lelaki yang hadir
Guru Wanita yang turut hadir

Pada 20 Mei 2013,Isnin,jam 1015 pagi,Unit Kokurikulum di bawah PK Ko Pn Dorothy dengan usahasama SU Sukan Cikgu Fadzil telah mengadakan taklimat ringkas perjalanan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah yang dijangka diadakan pada 23 Mei 2013,Khamis.

Dalam taklimat ini,keputusan yang dicapai alah guru-guru yang dilantik menjadi urusetia sebulat suara menerima tugas yang diamanahkan.Manakala program yang dijalankan termasuk latihan dan program sebenarnya akan ditentukan mengikut kesesuaian dan keadaan pada masa program tersebut hendak dijalankan.Selain itu,latihan yang akan dijalankan adalah mengikut keupayaan murid dan ianya boleh dilakukan oleh murid pada waktu di luar persekolahan.

Antara jemputan yang bakal dijemput ialah YDP PIBG,ajk PIBG dan ibubapa yang berminat untuk turut melihat kejohanan ini.Hadiah pula adalah mengikut yang ditetapkan iaitu pemenang no 1 hingga 10 sahaja bagi setiap kategori.Selain itu,pembahagian markah juga turut ditetapkan dalam mesyuarat ini.Majlis berakhir jam 1045 pagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.