Selasa, 14 Mei 2013

MESYUARAT KHAS BINCANG SAMBUT HARI GURU 2013

 Cikgu Zaki mempengerusikan mesyuarat
 Guru wanita yang hadir
 Guru yang hadir lagi
Lagi yang hadir...wanita juga

Aturcara tahun 2013
Pada 13 Mei 2013,Isnin,Majlis Guru dan Kakitangan SKRKTST yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan acara dan program sambutan hari Guru 2013.

Dalam mesyuarat ini,beberapa ketetapan telah dibuat antaranya mengadakan majlis sambutan pada sebelah pagi bermula dengan perhimpunan yang akan dihadiri oleh semua guru dan Pengerusi PIBG serta berkemungkinan Pengurus FELDA seberang Tayor.

Selepas itu,majlis akan berehat dan disambung pula dengan program sukanika dan program persembahan  dari guru,rumah sukan dan individu.Antara guru yang hadir membincangkan hal ini ialah ialah Cikgu Zaki,Ustaz Fakhrul,Cikgu Fadzil,Cikgu Zaik,Ustaz Zul,Cikgu Zita,Cikgu Wina,Cikgu Sala,Ustazah Zainab,Ustazah Sara,Teacher Saba,Teacher Nornafiza,Cikgu ganti Cikgu Faridah dan Cikgu Zimah.Mesyuarat berakhir jam 130 petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.