Khamis, 23 Mei 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013 BERJAYA DIADAKAN

 Taklimat
 Cikgu Fadzil menyampaikan taklimat
 Guru menanti kehadiran Tuan Pengurus FELDA
 Tuan GB menyambut kehadiran Pengurus FELDA
 Peneraju senamrobik.....
 Murid ikut serta
 Cikgu Fadzil dengan gaya tersendiri
 Tn Hj Aslam melepaskan murid
 Murid Pra sekolah
 Lelaki tahap 1
 Perempuan tahap 1
 Atas bukit FELDA......
 Dekat Pejabat FELDA
 Meronda........Cikgu Zaik bersama peserta larian
 Daftar tempat untuk pungutan mata
 Selesai tugas......minum air dululah
 Berkumpul nak bagi hadiah
 En Mohamad bin Abdullah ....Pengerusi PEWARIS Pra
 Johan Perempuan Tahap 1
 Pn Rohana bersama pemenang
 En Yusof bersama pemenang
 PK 1 bersama Johan Perempuan tahap 2
 PK1 bersama pemenang perempuan tahap 2
 GB bersama lelaki tahap 2
Majlis bersurai

Pada Khamis 23 Mei 2013,bermula jam 745 pagi,murid mula berkumpul di Dataran Himpun untuk memulakan Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2013.Acara ini dijayakan oleh Unit Kokurikulum di bawah perancangan Pn Dorothy,PK Kokurikulm SKRKTST.SU Sukan Cikgu Mohd Fadzil telah mengumpulkan murid untuk satu sesi taklimat tentang track larian dan peraturan larian kepada hampir 190 orang murid yang terdiri dari murid Pra Sekolah hinggalah ke tahun 6.

Acara dimulakan dengan senamrobik pemanas badan yang diterajui oleh Cikgu Fadzil sendiri.Kemudian murid dibahagikan kepada kumpulan larian iaitu Murid Lelaki tahap 1 dan 2 dan murid perempuan tahap 1 dan 2.Murid Pra sekolah memulakan larian dibawah selian Pn Faridah Razak,Pembantu Pra.

Turut bersama dalam program pagi ini ialah Tuan Pengurus FELDA Seberang Tayor,Tn Hj Mohd Aslam bin Jahanggir Khan yang hadir jam 800 pagi.Kesemua peserta dilepaskan oleh Tuan Pengurus FELDA.

Murid kemudiannnya berlari mengikut track yang dinyatakan yang mana guru pula ditugaskan untuk meronda dan menjaga track larian untuk chek point.

Selesai larian,murid dikumpulkan untuk penyampaian hadiah yang mana bagi murid Pra Sekolah,hadiah disampaikan oleh Pengerusi PEWARIS Pra Sekolah iaitu En Mohamad bin Abdullah.Bagi Perempuan Tahap satu,hadiah disampaikan oleh wakil ibubapa iaitu Pn Rohana bt Hitam,namakala bagi lelaki tahap satu pula oleh En Yusof bin Salleh wakil PIBG.Murid perempuan tahap dua pula disempurnakan penyampaian hadiahnya oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah dan Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda pula menyampaikan hadiah untuk murid lelaki tahap 2.Acara tamat jam 945 pagi.Rumah Hijau mendapat 130 mata,rumah merah 115 mata dan rumah biru 103 mata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.