Ahad, 24 Februari 2013

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG MENTOO MENTEE DIRASMIKAN WAKIL PPD KEMAMAN DI RKT


Banting Program
 Suasana tenang...murid menunggu ketibaan wakil PPD Kemaman
 Pengawas beratur untuk memulakan program
 Tuan GB bersama Wakil PPD dan wakil PIBG
 Guru wanita bersiap sedia untuk pelaancaran program
 Ustaz CW Fakhrul membaca doa
 Tuan GB menyampaikan ucapan aluan

 Pamplet program
 En Abu Hurairah bin Abu Bakar,wakil PPD Kemaman menyampaikan ucapan perasmian
 Gimik pelancaran...memotong banting
 Tuan GB mengiringi wakil PPD 
 Selesai gimik perasmian
 Pn Salamiah menerima fail mentor dari wakil PPD Kemaman

 Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada En Abu Hurairah

Bergambar beramai-ramai selesai majlis

Pada 24 Feb 2013,Ahad jam 745 pagi,Unit HEM SKRKTST telah mengadakan majlis pelancaran Program Amalan Guru Penyayang untuk Mentoo dan Mentee.Dalam majlis ini,ianya telah dirasmikan oleh wakil PPD Kemaman,En Abu Hurairah bin Abu Bakar.Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil PIBG iaitu YM Tg Mustafa bin Tg  Jaafar.

Majlis pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Pn Nornazifa bt Abd Aziz.Antara program hari ini ialah murid menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz CW Fakhrul Anuar bin CW Abd Ghani.Kemudian,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda pula menyampaikan ucapan diikuti oleh ucapan perasmian oleh En Abu Hurairah bin Abu Bakar.

Majlis kemudiannya diikuti dengan gimik pelancaran program apabila wakil PPD memotong reben banting sambil disaksikan oleh Tuan GB,Guru-guru Penolong Kanan,wakil PIBG serta semua guru dan murid.Kemudian guru-guru diberikan senarai nama mentee dan sebuah fail tanda penerimaan program ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Tuan Guru Besar kepada wakil PPD Kemaman.Majlis berakhir jam 845 pagi.

En Abu Hurairah kemudian bersama Tuan Guru Besar mengambil peluang bergambar bersama guru-guru di hadapan banting program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.