Khamis, 7 Februari 2013

CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL UNTUK MURID RKT

Tuan Guru Besar menyampaikan pesanan sebelum majlis bermula
Murid duduk bersila di dalam Dewan 
Penceramah Ustaz Shaari,Juruacara Ustaz Harun dan PK HEM En Mohd Asri
Ustaz Shaari memulakan ceramahnya
Murid berjaya menjawab soalan kuiz...dapat hadiah
Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan

Pada 7 Feb 2013,jam 1030 pagi Khamis bertempat di Dewan Sekolah,Panitia Agama dan J-Qaf telah mengadakan Program Ceramah Agama sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434.Ceramah kali ini disampaikan oleh Ustaz Shaari dari SMA Alfalah Kemaman.Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Harun bin Salleh.

Seramai hampir 200 orang murid dan 20 orang guru turut serta mendengar ceramah berkaitan Maulidur Rasul yang disampaikan oleh beliau.Selain dari menyampaikan ceramah,murid juga diuji kefahaman mereka tentang ceramah yang disampaikan melalui 20 soalan ujian spontan.

Majlis berakhir jam 1130 pagi yang mana Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda telah menyampaikan sumbangan cenderahati kepada penceramah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.