Isnin, 18 Februari 2013

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH BERJALAN LANCAR

 Banner program
 Murid berkumpul
 Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
 Kpl Abd Wahab sedang berucap
 Ketua murid menerima watikah
 para tetamu berada di pentas utama
 Menerima watikah
 Penolong Ketua Pengawas.....
 Guru yang hadir
 Bacaan ikrar
 GB menyampaikan cenderahati
 Pengawas bersama watikah
Segak...membaca ikrar

Pada 17 Feb 2013,Ahad jam 745 hingga 845 pagi,UNIT HEM telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah bagi lantikan tahun 2013 yang berlangsung di Dewan Sekolah.Majlis hari ini telah dirasmikan oleh Kpl Abdul Wahab dari Balai Polis Ayer Puteh turut dihadiri oleh wakil PIBG En Yusof bin Salleh.

Dalam majlis ini,seramai 35 orang pengawas dari tahun 2 hingga ke tahun 6 telah menerima watikah perlantikan masing-masing yang disempurnakan penyampaiannya oleh Kpl Abdul Wahab.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda,yang turut memberikan ucapan dalam majlis ini.Selain itu,majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli ini turut dihadiri oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK KO Pn Dorothy.

Dalam majlis ini juga,Ketua Pengawas 2013 iaitu Adik Safuan bin Setafa telah memimpin bacaan ikrar yang mana diikuti oleh semua pengawas yang hadir.Majlis berakhir pada jam 845 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.