Jumaat, 8 Februari 2013

MESYUARAT JK PIBG 2013: PIBG RKT TERUS AKTIF

PK HEM GB dan YDP PIBG meneliti minit
AJK Ibubapa yang hadir
Bendahari PIBG,Cikgu Zaik
Cikgu Zaki {Kiri} ajk guru
PK Ko {Kanan} bersama PK1

Pada 5 Feb 2013 jam 230 petang Selasa,PIBG sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa kali ke Dua bagi sesi mesyuarat 2012/2013 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Sekolah.Hadir dalam mesyuarat kali ini ialah YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda,PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri dan PK Ko Pn Dorothy.

Selain itu dikalangan ibubapa yang hadir ialah  Tg Mustafa bin Tg Jaafar,En Mustafa bin Ibrahim,En Yusof bin Salleh,Pn Wan Khaziah,Pn Rokiah dan Pn Rohani manakala AJk Guru ialah Cikgu Zaki dan Cikgu Zaik.Dalam mesyuarat ini beberapa agenda telah dibincangkan selain dari makluman dan laporan dari PK1,PK HEM dan PK Ko.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG kali ke 27 akan diadakan pada 26 Feb 2013,Selasa jam 300 petang yang mana akan dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim  ADUN Ayet Puteh.
Majlis berakhir jam 340 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.