Selasa, 26 Februari 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27,2013 DIRASMIKAN OLEH YB TN HJ WAN ABDUL HAKIM

Banner PIBG
Petugas pendaftaran dan JK jamuan Ibubapa
YB berbual dengan JK PIBG sambil diperhatikan oleh Tuan GB 
Ibubapa mendaftar diri
YB bersama dif jemputan
Kaum ibu......
Kaum bapa.....tak ramai kali ini
Barisan hadapan....dif
Doa...oleh Ustaz Harun
YDP PIBG berucap
Dibelakang tabir...Pengacara majlis...Cikgu Zaki
Pembantu media.....Cik Zaida
Pencatat minit...Zita dan Marfa
Petugas am....Zul,CW dan Dil
 Ucapan Perasmian...YB ADUN Ayer Puteh
 YB menerima sumbangan cenderamata dari PIBG
 En Wahab...terima hadiah cabutan bertuah
 Hadiah cabutan bertuah
 Ucapan penangguhan oleh Tuan GB
Majlis berakhir......YDP,GB dan SU PIBG

Pada 26 Feb 2013,Selasa jam 300 petang,PIBG sekolah ini telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang ke 27 yang telah dirasmikan oleh YB ADUN Ayer Puteh,Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.YB telah disambut oleg YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali ,Guru Besar SKRKT En Nor Azmi bin Muda serta dif yang hadir.Turut hadir ialah wakil PPD Kemaman,Pengurus FELDA Seberang Tayor Tn Hj Aslam  bin Jahangir Khan,Pengetua Sekolah Agama Rakyat Tn Hj Yaakod@Ramli bin Yusof.

Majlis yang dijuruacarakan oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Harun Salleh diikuti oleh persembahan tarian oleh murid Tahun 4.Majlis kemudian disusuli pula dengan ucapan YDP PIBG,Guru Besar SKRKT dan Wakil PPD sebelum disempurnakan perasniannya oleh YB ADUN Ayer Puteh.

Seramai 87 orang kaum ibu yang hadir,17 kaum bapa dan 20 orang guru telah hadir menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG selain dari 6 orang dif jemputan.Majlis juga turut diceriakan dengan cabutan bertuah dimana hadiahnya sebanyak 30 hamper adalah sumbangan dari Pejabat Parlimen BN Kemaman  dan 5 hamper oleh PIBG sendiri.

Dalam majlis ini juga,semua AJK telah dikekalkan manakala majlis juga bersetuju untuk menentukan bayaran PIBG sebanyak RM20 untuk satu keluarga bagi sesi 2013/2014.Majlis berakhir jam 500 petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.