Jumaat, 25 Mei 2012

MAJLIS AMANAT TERAKHIR GB RKT: HARI TERAKHIR GB BERSAMA MURID

 Semua guru hadir
 Memberi perhatian....Fakro,Zul dan Dhil
 GB menyampaikan ucapan dan amanat
 Murid duduk memberi perhatian
 PK Ko Pn Dorothy hadir sama
GB dan Murid

Pada 24 Mei 2012,Khamis jam 1130 pagi telah berlangsung Majlis GB bersama Murid dan Guru  yang mana majlis ini merupakan majlis terakhir Guru Besar,En Kamarudzaman bin Hashim bersama muris sebelum beliau bersara ada 10 Jun 2012 nanti.

Dalam majlis ini,Tuan Guru Besar telah menyampaikan taklimat dan amanat kepada murid agar berusaha dan belajar bersungguh untuk mendapatkan kejayaan.Beliau juga turut menyampaikan cerita tentang perjalanan hidup beliau sepanjang karier menjadi guru serta sejarah perpindahan kerana mengikut bapa beliau yang bertugas sebagai anggota polis.

Turut hadir ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah yang bakal memangku tugas Guru Besar bermla 10 Jun 2012 nanti serta PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK KOko sebagai penyelaras program iaitu Pn Dorothy.Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Mat Zaik,bin Mohd Yusof,GPM sekolah..Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.