Rabu, 9 Mei 2012

5 ORANG GURU RKT DIHARGAI OLEH YB PARLIMEN KEMAMAN SAMBUT HARI LAHIR BULAN MEI 2012

 Antara cenderahati...sekeping kad dan pen drive
 Pn Zainab dan Pn Sabariah....selamat hari lahir
Gembira dengan cenderahati yang diterima

Pada 8 Mei 2012,Selasa,seramai 5 orang guru dari SK RKT Seberang Tayor yang menyambut tarikh kelahiran pada bulan Mei telah dihargai oleh YB Dato Seri Hj Ahmad Shaberry bin Hj Cheek,Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Kemaman dengan pemberian hadiah ingatan ikhlas.

Guru-guru yang banyak pengorbanan mendidik anak murid ini sentiasa diambil cakna oleh YB  Menteri bagi memastikan Kemaman terus melonjakkan prestasi dalam pendidikan.Antara guru yang menerima cenderahati hari lahir bulan Mei ialah Pn Zainab bt Mat Roka,Pn Sabariah bt Daud,Pn Noorazita bt Razali,Pn Marfazilia bt Mustafa dan Pn Rohana bt Hassan.

Guru-guru yang menerima cenderahati yang penulis temui merakamkan ucapan terima kasih kepada keprihatinan YB Menteri atas sumbangan cenderahati.Kegembiraan jelas di wajah guru kerana dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.