Rabu, 9 Mei 2012

CIKGU ZAKI BAGI TAKLIMAT SAMBUT HARI GURU 2012

 Guru yang hadir
 Pengerusi MGK Cikgu Zaki beri taklimat
Pn Nornafiza dan Pn Siti Sara...guru baru dalam MGK

Pada 9 Mei 2012,satu taklimat bagi persediaan menyambut hari Guru 2012 peringkat sekolah telah diadakan oleh Pengerusi MGK iaitu Cikgu Mohd Zaki Ramli.Dalam taklimat tersebut,majlis dimaklumkan tentang tarikh sambutan iaitu pada 16 Mei 2012 Rabu bermula jam 8.00 pagi.

Pelbagai program dan acar telah dinyatakan oleh Cikgu Zaki dan majlis amat bersetuju dengan program yang diatur.Menjadfi RAHSIA lagi bagi penulis untuk menyatakan di sini bimbang program yang bakal dijalankan nanti menjadi tidak lagi RAHSIA.

Penulis amat berkeyakinan bahawa sambutan tahun ini bakal mencerminkan kelainan memandangkan Sambutan Hari Guru melibatkan campuran imej dan suapandangan dari Tuan Guru Besar dan Pengerusi MGK sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.