Rabu, 16 Mei 2012

KEHADIRAN PEGAWAI PERHUBUNGAN BTPN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU...DI RKT

Tuan Guru Besar dan PK1 bersama En Azmi

Pada 16 Mei 2012,Rabu sempena Sambutan hari Guru Peringkat sekolah,Pegawai Perhubungan Sekolah dari BTPN iaitu En Azmi bin Senik telah sempat hadir memeriahkan suasana sambutan dan bersama Guru Besar En Kamarudzaman bin Hashim meninjau keadaan sekolah serta bertukar-tukar pandangan berkaitan hal semasa.

En Azmi bin Senik merupakan pegawai perhubungan bagi sekolah ini dan kehadiran beliau amatlah begitu dihargai.Beliau sempat bersama Tuan Guru Besar dan GPM sekolah menjamu selera di kantin sekolah sebelum En Azmi menandatangani buku lawatan sambil disaksikan oleh PK1 Pn Asmarani binti Abdullah.En Azmi Senik bertolak balik ke BTPN setelah selesai majlis pada jam 11.00 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.