Selasa, 29 Mei 2012

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 DI RKT SEMASA CUTI TETAP DIADAKAN

 Cuti sekolah..belajar tak cuti......betulkan!!!!!!
 Keseronokan belajar.......
 Teacher Sabariah.........ada dalam kelas tuuuuuu....
 Murid lelaki......ramai yang hadir
Ada lagi soalan yang tak dijawab tuuuuu

Pada 25 hingga 29 Mei 2012,Unit Kurikulum di bawah Pengurusan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengadakan Kelas Tambahan Tahun 6 semasa cuti pertengahan penggal kedua ini di bawah kelolaan Setiausaha Peperiksaan UPSR Cikgu Razali bin Mat Hussin.

Kelas tambahan yang dijalankan mulai Jumaat 25 Mei hingga 29 Mei Selasa melibatkan semua murid tahun 6 iaitu 17 murid tahun 6 AK dan 23 orang murid tahun 6 AR.Guru yang terlibat ialah guru-guru subjek teras UPSR iaitu Cikgu Razali untuk BM,Cikgu Salamiah untuk BM,Cikgu Marfazilia dan Cikgu Maslizawati untuk MT.Teacher Sabariah dan Teacher Nornazifa untuk BI serta Cikgu Noorazita untuk SN.

Penulis sempat hadir untuk bersama murid dan guru yang terlibat mengajar kelas tambahan tersebut yang bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan murid walaupun semasa bercuti.Penulis rasa bangga melihat komitmen guru yang terlibat dalam menjayakan kelas tambahan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.