Isnin, 19 Mac 2012

USTAZ SHAH BERTUKAR KE SK CHENEH BARU 2

Ustaz Shah ..happy semacam jeeeee

Pada 19 Mac 2012,Ustaz Shah atau nama sebenarnya Mohd Shahriza bin Zakaria telah mengkahiri perkhidmatannya di SK RKT Seberang Tayor kerana telah bertukar ke SK Cheneh Baru 2.Pertukaran Ustaz Shah ke sekolah baru bakal membolehkan Ustaz Shah berulang agak lebih dekat  memandangkan Ustaz Shah tinggal di Perumahan Balok Kuantan.

Penulis merasakan pertukaran ini sudah semestinya memberi satu mesej yang baik buat Ustaz Shah dalam menjalankan tugasnya selain dari mendekatkan jarak perjalanan berulang-alik Ustaz Shah yang selama ini hampir berkereta 60 km sehala sehari.

Bagi melahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan dalam tempuh Ustaz Shah bertugas di sekolah ini kurang hampir 6 tahun,Ustaz Shah telah mengadakan jamuan kesyukuran dan keikhlasan di Kantin Sekolah.

Penulis bagi pihak semua rakan-ralan mengucapkan Ustaz Shah selamat maju dan jaya di sekolah baru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.