Jumaat, 30 Mac 2012

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 26,2012

Pada 29 Mac,2012,Khamis telah diadakan mesyuarat agong PIBG kali ke 26 yang dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.Majlis yang berlangsung jam 3 petang turut dihadiri oleh 105 orang ibubapa dan guru-guru.Turut serta hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Felda Tn Hj Mohd Aslam,Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor Tn Hj Abdul Jalil bin Ismail serta Tn Hj Ramli bin Yusof Tuan Imam Masjid Felda.

Dalam majlis ini,Pn Asmarani bt Abdullah telah berucap mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir.Turut hadir ialah Pn Dorothy PK Ko dan semua guru.Dalam Ucapan YB,beliau menyentuh tentang Kelas Maya yang mana ianya merupakan yang ertama di DUN Ayer Puteh.

Ibubapa yang hadir juga turut berpeluang menerima hamper sumbangan Ladang Rakyat Ketengah Perwira sebanyak 10 buah dan sumbangan dari Pejabat parlimen Kemaman sebanyak 30  buah.Majlis turut membuat pemilihan jawatankuasa baru sebagaimana di bawah:

YDP : En Yusof bin Mat Ali
Naib YDP : Pn Zaimah bt Awang

Setiausaha : GURU : En Mohd Razali bin Mat Hussin
Bendahari : GURU : En Maat Zaik bin Mohd Yusof

AJK : Guru : Pn Maslizawati Abd Wahab,En Mohd Zaki bin Ramli dan Ustaz Zulkifli bin Ibrahim

AJK : Ibubapa : Pn Wan Karzaia bt Tun Ali,Pn Rokiah bt Abdullah,Tg Mustafa bin Tg Jaafar,

Pn Rohani bt Ismail,En Baharon bin Said,En Hussin bin Ismail,En Yusof bn Salleh dan En Zulkifli bin Abd Ghani.







Pemeriksa kira2: Ustaz CW Fakro Anuar bin Wan Abd Ghani,En Mustafa bin Ibrahim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.