Isnin, 19 Mac 2012

UJIAN PERMATA PINTAR: SKRKTST TURUT MENJALANINYA

Cikgu Zaik membimbing murid

Pada 19 Mac 2012,Isnin,Ujian permata Pintar yang melibatkan murid berumur 8 hingga 15 tahun turut mendapat perhatian di sekolah ini.Dengan kemudahan internet yang telah dibaiki dan beroperasi sejak Ahad lalu,maka Guru Media ,Cikgu Zaik dan Penyelaras E-book,En Mohd Lotfi A Rashid telah ditugaskan untuk memastikan murid sekolah ini dapat turut serta terlibat menjayakan program murni kerajaan ini.

Ujian permata pintar sekolah ini diadakan di bilik MAYA yang mempunyai kemudahan jaringan internert dan skrin MAYA yang dapat membantu guru menerangkan cara dan proses pengambilan ujian ini.

Murid di Kelas MAYA menjalani Permata Pintar diselia Abang Pie

Di bawah pengurusan PK 1,Pn Asmarani bt Abdullah,disasarkan seramai 60 orang murid yang mempunyai ebook akan dapat mengikuti ujian ini sebelum ujian ini berakhir pada 30 April 2012 ini.Selain itu akan turut diberi perhatian ialah murid dari tahun 4 dan dari kalangan murid tahap 1 yang ELIT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.