Jumaat, 30 Mac 2012

PERASMIAN KELAS MAYA SKRKTST

Pada 29 Mac 2012,sempena mesyuarat Agong PIBG kali ke 26,telah diadakan serentak Majlis Perasmian KELAS MAYA yang disempurnakan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.Kelas MAYA ini adalah merupakan KELAS MAYA pertama di DUN Ayer Puteh yang kos penyediaan peralatannya hampir RM30000.

 YB menyerahkan plak perasmian kepada YDP PIBG
Pn Asmarani,PK1 bersama YDP mengiringi YB memotong riben 

Dalam majlis tersebut,telah dilakukan acara menandatangi Plak perasmian kelas MAYA yang bakal ditampalkan di bangunan kelas tersebut serta YB diiringin Pn Asmarani Abdullah,PK1 SKRKTST dan En Yusof Mat Ali,YDP PIBG bersama tetamu iaitu Tn Hj Aslam,Pengurus FELDA,Tn Hj Abdul Jalil,Pengerusi JKKK dan Tn Hj Ramli bin Yusof,Pengetua Sekolah Agama Rakyat telah meninjau keadaan kesediaan kelas tersebut yang baal digunakan oleh murid tahun 6 di SKRKT Seberang Tayor.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan YB memberi perhatian terhadap sekolah ini dengan memileh sekolah ini sebagai sekolah yang ada peralatan Kelas Maya pertama di DUN Ayer Puteh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.