Rabu, 13 Julai 2011

SKRKTST DAPAT SUMBANGAN LAPTOP DARI DIGI

Surat Rasmi penyerahan Laptop kepada SKRKTST
Pusat DIGI di Pasir Gajah
Cikgu Zaik menerima sumbangan tersebut

Pada 13 Julai 2011,Rabu,DIGI pusat Jalur Lebar di Pasir Gajah telah bermurah hati menyumbangkan dua buah Laptop HP kepada sekolah ini sebagai sumbangan sempena majlis pembukaan Pusat Jalur Lebar DIGI di Pasir Gajah.

Majlis ringkas penyerahan itu dilakukan oleh Pegawai DIGI dan penerimaan Laptop tersebut untuk SKRKTST diterima oleh guru ICT SKRKTST iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof di Pusat DIGI Jalur Lebar Pasir Gajah.

Sekolah lain yang turut menerima sumbangan Laptop ini ialah Sk Pasir Gajah yang diterima sendiri leh Pn Guru Besarnya dan Sk Seberang Tayor yang diterima oleh Pn Norhayati Ngah,PK HEM.SKRKTST menyucapkan berbanyak terima kasih kepada DIGI Jalur Lebar Pasir Gajah atas sumbangan yang besar ertinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.