Khamis, 14 Julai 2011

GOTONG ROYONG BASMI DENGGI

Cikgu Azlin memproses semak dekat kebun pisang
Membuang perabot tak berguna
Cikgu Noorazita menyapu tuuuuu...bukan Poco-poco
Apa yang Ustazah Nab sedihkan....surau cantikkkkk
Ustaz Zem ajak murid cari lipas kee..cari nyamuk
PK Hem bersama pekerja membersihkan kawasan belakang bangunan
Cikgu Rohaya bersama muridnya di kawasan surau
Bersama memecahkan almari.......
Perhimpunan 1Malaysia...Ustaz Shah
GB bersama mengecat bahagian pintu pagar

Pada 14 Julai 2011 Khamis,sekolah ini di bawah kelolaan PK Hem Pn Asmarani Abdullah,telah mengadakan Program Gotong Royong membersihkan kawasan bagi kempen pembasmian Nyamuk Aedis.Program yang bermula jam 8.00 pagi telah dijayakan oleh semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 sereta melibatkan Pentadbir,guru-guru ,pekerja dan pengawal keselamatan sekolah.

Antara kerja yang dilakukan ialah membersihkan kawasan padang sekolah,membakar perabot yang tidak digunakan,membuang sampah dan membersihkan kawasan surau,mengecat bahagian pintu masuk sekolah dan memunggah perabot di bahagian atas bangunan.

Selesai program tersebut,murid disediakan minuman air mineral manakala guru disediakan jamuan minum pagi iaitu nasi lemak dan air tembikai serta karipap.Majlis berakhir jam 1045 dan kelas dijalan seperti biasa selepas itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.