Selasa, 19 Julai 2011

GUANE FC BERENTAP HEBAT DENGAN MGK SK SERI IMAN

Guane FC dan MGK Sri Iman
Pemain Guane GC


Sri Iman dan Guane FC.....


Perlawan sedang rancak


Pada 18 Julai 2011,Isnin malam Selasa,GUANE FC sekali lagi berentap di Padang FUTSAL Binjai dengan rakan-rakan guru dari kelab MGK SK Sri Iman.Pertemuam yang diatur oleh AbangLong Fadzil melalui temujanji dengan Cikgu Zaizol menjadi kenyataan apabila tepat jam 9.15 malam kedua-dua pasukan ini mula memulakan sepakmula.{Berapa banyak mula daaa....}



Dalam pertemuan yang hangit dan hangat ini,GUANE FC telah menunjukkan persembahan yang begitu konsisten dengan permainan yang cepat dan hantaran yang tepat...namun GUANE FC akur jua dengan ketentuan ALLAH yang mana GUANE FC telah berjaya menjaringfkan 11 gol manakala Sri Iman pula 13 gol.Antara pemain Sri Iman yang penulis tahu ialah Cikgu Rosdi dan Cikgu Yusri ada bersama.


Pemain-pemain GUANE FC telah bermain dengan baik dengan tendangan tepat ke arah gol namun kelincahan penjaga gol Sri Iman tidak membenarkan 2 gol lagi untuk GUANE FC seri dengan Sri Iman.Namun pada malam ini,Kapten GUANE FC iaitu Ahamad Lotpi telah "mentereneng" rakan sendiri iaitu Hadi yang menyebabkan pemain ini senok perut.



Diberitakan juga,pemain lincah berkasut Nike Cikgu Syed juga sudah beransur sembuh dari sakit dada kanan,manakala pemain Abanglong Fadzil tetap dengan strateginya,merembat dengan kuat dari jauh.Pemain bek iaitu Zem masih konsisten dengan gaya gelecik yang lincah dan Ustaz fakrul dengan corak pertahanan yang stedy tetapi meyakinkan.Pemain paling veteran iaitu Cikgu Zaik hanya mampu menyumbat 1 gol sahaja dan mensia-siakan 1 peluang apabila bola yang di"kosing" kepada Lotpi gagal dirembat oleh Lotpi,manakala gol keeper Cikgu Zaki pula menyalahkan sarung tangannya yang sudah tidak ada "power ultraman" lagi untuk memegang bola dengan kemas.Namun perlawanan yang berhagra RM50.00 ini amat menghiburkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.