Selasa, 5 Julai 2011

LATIHAN KEBAKARAN EDISI KEDUA 2011

Murid bergegas beratur
Menuju ke padang


Guru yang sempat menyelamatkan diri




Murid beratur untuk dipanggil nama



Murid bersedia di hadapan kelas untuk ke padang



Pada Sabtu,2 Julai 2011,Unit Hem di bawah Pn Asmarani Abdullah bersama AJk Keselamatan dan Kebersihan Sekolah telah mengadakan Latihan Kebakaran yang melibatkan semua guru,murid,pekerja dan pentadbir.




Latihan yang diadakan bagi edisi kedua ini adalah bertujuan untuk melatih semua yang ada di sekolah ini agar sentiasa peka apabila berlaku kebakaran.Guru yang berada di dalam kelas telah mengambil inisaitif yang begitu positif apabila mendengar bunyi "LOCENG GILA" dengan mengarahkan murid beratur dan keluar dari kelas menuju ketempat berkumpul di padang sekolah manakala guru yang berada di bilik guru pula bergegas mengambil buku kedatangan untuk membuat bancian jumlah murid yang berkumpul.



Selain itu,guru juga diberi penerangan ringkas cara menggunakan alat pemadam api oleh Cikgu Mohd Sahriza Zakaria.Latihan ini akan sentiasa dijalankan bagi memastikan warga sekolah ini sentiasa bersedia.Turut serta memberi sokongan ialah Tuan Guru Besar,En Kamarudzaman Hashim,PK HEM dan PK Ko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.