Selasa, 26 Julai 2011

GUANE FC KENA LAGI


Pada malam ini,25 Julai 2011,Team Futsal Guane FC bertemu dengan team jiran sekampung iaitu Stone 14 FC.Perlawanan yang diatur oleh Abanglong Fadzil bermula jam 915 malam.

Dalam perlawanan ini,Team GUane FC telah menggunakan khidmat Gol Keeper baru iaitu Hadi Ebook.Hebat jugok....banyok buah yang dia dapat selamatkan.Keeper asal team Guane FC tak dapat turun disebabkan urusan yang tidak boleh dielakkan.

Kelewatan penyerang berbisa Abanglong Syed @ Joe Jambo kerana membeli air mineral menyebabkan malam ini dia tiada dalam gambar.Perlawanan malam ini memang rancak sehingga ke masa penamat iaitu jam 1030 malam.Keputusannya ialah 13 Guane FC dan 13 Stone 14 FC.Disebabkan seri,penjaga gelanggang telah menambah masa dan akhirnya Stone 14 Fc berjaya menyumbat gol kemenangan.

Guane FC akan berehat sebulan semasa bulan Ramadhan kerana semua pemain telah diarah oleh Pengurus Adikda LotPi ke masjid untuk solat tarawikh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.