Sabtu, 15 Februari 2014

MAJLIS TEMU MESRA IBUBAPA MURID TAHUN 6 BERSAMA ICON OFF SHORE DAN PIHAK SEKOLAH








GAMBAR MENGENAI PROGRAM TEMU MURNI

Pada 13 Feb 2014,Khamis jam 1100 pagi bertempat di Dewan SKRKTST telah diadakan Program Temu Mesra Ibubapa murid tahun 5 bersama pihak ICON OFF SHORE dan pentadbiran sekolah.Program temu murni ini ialah untuk memaklumkan kepada ibubapa tentang usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama yang cukup bermakna dari pihak ICON OFF SHORE sendiri dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan melalui sumbangan sebanyak RM15.000.00 kepada pihak sekolah melalui peranan yang cukup bermakna dari PIBG sendiri.

Dalam majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli ini,turut hadir ialah Pegawai dari ICON OFF SHORE En Mohd Amin bin Harun,Wakil PPD Kemaman Cik Shahani bt Shamsuddin,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda,PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim dan hampir 40 orang ibu dan bapa murid serta murid tahun 5 dan 6.

Dalam ucapan yang disampaikan,Tuan Guru Besar telah menerangkan bagaimana agihan sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk mengadakan kelas tambahan kepada anak murid sekolah ini.Selain itu wakil ICON OFF SHORE turut memaklumkan tentang hasrat dan peranan syarikat tersebut untuk membantu mencemerlangkan pendidikan anak-aak luar bandar.

Dalam majlis ini,wakil ICON telah menyampaikan replika cek berjumlah RM15,000.00 kepada tuan Guru Besar.Majlis berakhir jam 1200 tengahari dengan jamuan ringan untuk dif jemputan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.