Isnin, 24 Februari 2014

RKT ADAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 28 2014 DENGAN JAYANYA.










Pada 19 Feb 2014,Rabu jam 230 petang,PIBG bersama SK RKT telah mengadakan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 2014 bertempat di Dewan RKT.Majlis yang berlangsung ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Hj Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh.Turut hadir ialah wakil PPD Kemaman En Mohd Anuar bin Ibrahim,wakil JKKK dan wakil Pengurusan FELDA seberang Tayor bersama AJk PIBG bersama YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali dan Guru Besar RKT En Nor Azmi bin Muda serta guru Penolong Kanan.

Majlis dpengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki dimulakan dengan ucapan YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar dan wakil PPD Kemaman.Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB ADUN Ayer Puteh.Dalam ucapan beliau tersebut,telah menyentuh tentang hal berkaitan pendidikan serta kejayaan  sekolah dalam meningkat pencapaian UPSR.

Turut diumumkan ialah sumbangan sebanyak RM3000 untuk kegiatan PIBG sekolah ini.Seramai hampir 140 orang ibubapa termasuk guru telah hadir dalam mesyuarat kali ini.Mesyuarat  juga telah melantik YDP PIBg yang baru iaitu En Zulkifli bin Abd Ghani manakala NYDP ialah Pn Rohani bt Ismail bersama beberapa AJK yang baru.Dalam majlis ini juga turut diadakan ialah kutipan sumbangan PIBG iaitu sebanyak RM167.00 serta cabutan hampur bertuah sumbangan Pejabat parlimen Kemaman dan Kilang Rakyat Ketengah Sdn Bhd.Selain itu majlis juga menerima usul untuk mengutip sumbangan PIBG sebanyak RM20 bagi satu keluarga dan bayaran untuk pembelian peralatan kegunaan PdP sebanyak RM30 bagi setiap murid.Majlis berakhir pada jam 600 petang dengan ibubapa yang hadir dan terlibat dengan banjir  menerima sumbangan beg sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.