Rabu, 3 April 2013

TEWAS,TETAPI RKT TETAP MERUPAKAN WAKIL BOLASEPAK PKG CHENEH 2013 DI PERINGKAT DAERAH

 Pemain RKT beratur
 Pemain RKT diberi penerangan oleh pengadil
 Ustaz Fakrul..jurulatih yang setia di tepi padanf
 PK Ko Pn Dorothy hadir beri semangat
 Pemain berebut bola
 Penjaga garisan.....beri perhatian
 Pemain RKT melarikan bola
Perlawanan selesai

Pada 2 Mac 2013,Selasa jam 300 petang ,Pertandingan Bolasepak bawah 12 tahun Daerah Kemaman telah dilangsungkan di Padang SK Kerteh.PKG Cheneh diwakilkan kepada pasukan yang menjadi naib johan PKG iaitu campuran pemain 14 orang dari sekolah SK RKT Seberang Tayor dan 4 orang dari Sk Ayer Puteh.

Padan perlawan pertama pasukan RKT telah bertemu dengan juara PKG Kemasik iaitu dari SK Kijal yang mana dalam perlawanan ini pasukan RKT telah ditewaskan dengan jumlah gol yang agak besar iatu 11 gol.

Manakala dalam perlawanan kedua,bertemu pula dengan pasukan dari Naib Johan PKG Binjai iaitu Sk Kg Tengah dan RKT telah ditewaskan dengan 7 gol tanpa balas.Walaupun tewas,namun ini adalah merupakan pengalaman pertama RKT menjejakkan kaki ke pertandingan bolasepak peringkat Daerah.

Turut hadir memberi sokongan ialah PK Ko Pn Dorothy dan cikgu yang hadir ialah Pengurus Pasukan RKT Cikgu Zaik,Ustaz Zulkifli,Penasihat Teknik Cikgu Fadzil,Jurulatih tambahan Ayahku Sopian,Pemandu Van Yusoff dan Pemilik Van Pak Ngah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.