Selasa, 23 April 2013

GPM RKT HADIR MESYUARAT GPM PKG CHENEH 1/2013

 Agenda mesyuarat GPM
 En Rafhan ,Pegawai Teknopen PKG Cheneh mempengerusikan mesyuarat

 GPM RKT bersama Cikgu Jefri dari SK Felda Cerul
Kalangan GPM yang hadir

Pada 23 April 2013,Selasa bertempat di PKG Cheneh ,diadakan perjumpaan semua GPM PKG Cheneh bagi mesyuarat kali pertama 2013.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Rafhan Pegawai TEKNOPEN PKG Cheneh bermula jam 230 petang.RKT diwakili oleh GPM iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.Seramai 14 orang GPM hadir dalam mesyuarat ini.

Dalam mesyuarat ini,dibincangkan tentang aktiviti yang bakal dijalankan oleh PKG Cheneh melibatkan GPM bagi membantu sekolah yang berdekatan.Antara aktiviti yang diputuskan akan dijalankan ialah mengadakan bengkel pemurnian fail PSS,lawatan ke sekolah cemerlang PSS,Kerja bantu PSS di SK Seberang Tayor dan SK Lembah Jabor.

Selain itu turut dimaklumkan ialah kerjabuat GPM dalam memastikan PSS sekolah berada di dalam keadaan baik terutama melalui penarafan PSS melalu IQPSS.Keputusan juga dibuat dalam penilaian INILAM serta dalam penggunaan Zoom YTL dan Dongle.Mesyuarat berakhir jam 430  petang.

Majlis mesyuarat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.