Isnin, 22 April 2013

MURID RKT MULA MEMASUKI UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 SELEPAS ZOOM YES MULA BEROPERASI

 Surat Hadir Taklimat Permata Pintar
 Dua orang murid mencuba mengakses permata pintar
Najmi Asyraffuddin bin Abd Ghani...sedang menjawab soalan
 Mohamad Asraf bin Yahya.....tekun jawab soalan
 Sijil pengiktirafan yang didapati
 Salinan sijil dari UKM....
Sijil Mohamad Amirul Ashraf

Pada 22 April 2013,Isnin,dua orang murid dari RKT mula dapat menduduki ujian Permata Pintar UKM1 sebagai percubaan selepas sekolah ini mula di pasang zoom YES YTL pada hari Khamis yang lalu.Melalui kemudahan zoom YES YTL ini,pencapaian internet mula dapat digunakan oleh penyelaras Permata Pintar iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof untuk menjalankan ujian ini.

Melalui perjumpaan dan taklimat yang dijalankan oleh Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah,En Asian Hj Hussin,matlamat untuk memastikan setiap sekolah daerah Kemaman mengakseskan 50 orang murid mengikuti ujian ini turut akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh RKT.

Hari ini,sebagai percubaan untuk melihat kelajuan capaian internet Zoom YES YTL,maka Penyelaras Permata Pintar,Cikgu Mat Zaik telah mencuba dua orang murid menjawab soalan yang bermula jam 1245 dan tamat pada jam 113 tengahari.Ujian ini akan diteruskan untuk murid tahun 3,4,5,dan 6 menggunakan E-book yang dimiliki oleh murid.

1 ulasan: