Rabu, 17 April 2013

KURSUS PEMANTAPAN SARANA SEKOLAH SARANA IBUBAPA UNTUK S/U DAN NYDP 2013

 En Tajul mempengurusikan majlis
 Taklimat ringkas oleh seorang YDP PIBG
 Dr Zulkifli menyampaikan taklimat berkaitan Sarana
 En Yusof,wakil PIBG dari RKT
 Cikgu Zaik,SU PIBG RKT hadir
Sarana.......

Pada 17 April 2013,Rabu jam 830 pagi hingga 430 petang,Setiausaha PIBG,Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof  bersama wakil NYDP PIBG En Yusof bin Salleh telah menghadiri Kursus Pemantapan Sarana Sekolah dan Ibubapa bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara KKTM  Kemaman.

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Sekolah PPD Kemaman  bersama Sektor Perhubungan JPNT adalah bertujuan memberi pendedahan kepada Setiausaha PIBG dan NYDP atau wakil PIBG tentang perlunya dijalankan program Sarana ini diperingkat sekolah masing-masing.

Dalam majlis yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman,En Tajul turut dihadiri oleh setiausaha PIBG dari sekolah rendah dan menengah serta NYDP PIBG masing-masing.Dalam majlis ini,beberapa orang fasilitator telah menyampaikan taklimat dan saranan bagaimana sarana ini perlu dilaksanakan.

Dalam majlis penutup pula,En Hamid dari Sektor Perhubungan JPNT telah hadir dan menyampaikan taklimat serta merasmikan penutupan kursus ini yang berakhir jam 430 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan