









Pada 26 Sept 2011,Isnin,sekolah ini telah mengadakan sambutan Merdekaraya.....iaitu sambutan 2 dalam 1...merdekapun sambut raya pun sambut.Majlis bermula jam 745 pagi apabila murid yang berpakaian baju melayu bersama guru berhimpumpun di dataran himpunan.Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Harun Salleh....lepasan Madinah yang kemudian disusuli dengan laungan Merdeka sebanyak 3 kali serta nyanian lagu Negaraku,lagu negeri,jalur gemilang,keranamu Malaysia dan tanggal 31 Ogos.Kemudian,Tn Hj Mohd Zor bin Ali selaku PK1 menyampaiakan ucapan semangat berkaitan dengan Kemerdekaan.Majhlis tidak dihadiri olehTn Guru Besar kerana berkursus di Melaka.
Selesai sahaja majlis diperhimpunan,diikuti pula pertandingan melukis bagi tahap 2 dan mewarna bagi tahap 1.Pertandingan menghias basikal sepatutnya diadakan namun kerana kesuntukan waktu,hanya basikal yang telah dihiasi sahaja diambil kira.
Selesai majlis tersebut jam 1030 pagi,murid kemudiannya dibenarkan rehat dan memasuki dewan jamuan raya jam 1100 pagi.Perbagai juadah disediakan oleh guru seperti satay,mee goreng,kueh-mueh,tapey,nasi dagang,ketupat,rendang daging dan ayam,serta berbagai-bagai lagi.
Turut hadir menceriakan suasana sambutan hari raya ialah bapa angkat sekolah ini dari PPD iaitu En.Haznan bin Othman.Majlis berakhir jam 1245 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan