Selasa, 27 September 2011

GUANE FC LAWAN SK JABOR FC

Pasukan Guane FC
Guane Fc bersama SK Jabor FC



Pada Isnin,26 Sept 2011,Guane FC sekali lagi bertandang ke padang bolasepak Bandar baru Cheneh untuk mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan rakan-rakan dari SK Jabor yang bergabung dengan SK Cheneh dan SK Sg Pergam.



Perlawanan yang bermula jam 545 petang diadakan bagi mengeratkan lagi persahabatan antara guru dan kakitangan SK RKT Seberang Tayor dengan rakan-rakan guru dari Zon Cheneh.Walaupun hari yang tidak menentu,perlawanan sempat bertahan selama 45 minit sebelum perlawanan terpaksa diberhentikan oleh pengadil kerana hujan terlalu lebat.Perlawanan berakhir jam 645 petang dengan keputusan Guane FC menjaringkan 2 gol dan SK Jabor FC tiada jaringan.




Antara pemain yang turun mewakili Guane FC ialah 2 orang pemain import dari Pasir Gajah,2 orang pemain import dari J-Qaf dan 2 orang pemain import dari Hospital Kemaman,manakala pemain biasa Guane Fc yang turun ialah Zaki sebagai keper,Hadi dan Lopfi sebagai bek kiri dan kanan,Abglong Dil sebagai penyerang,Fakro sebagai bek tengah,Ustaz Zem sebagai penyerang,Zaik sebagai wing kiri,Ustaz Zul sebagai bek juga.Dalam perlawanan hari ini,Fakro tercedera di kaki dan sudah dinasihati untuk berurut dengan tukang urut di Meraga Beris iaitu Pok Loh Air Sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.