Selasa, 6 September 2011

KELAB FUTSAL RKT: GUANE FC DAH START MAIN

Pemain GUANE FC berbaju merah
Bergambar bersama dengan Kelab Guru SK.Pusat,Kemaman
Memulakan sepakmula
Bersedia .....Zem,Zaki dan Fakru
Suasana perlawanan

Pada 5 Sept 2011,Isnin malam Selasa,Kelab Futsal SKRKTST : Guane FC telah memulakan permainannya untuk musim yang baru ini setelah sebulan berehat sempena Ramadhan.Kelab Guane FC pada malam ini telah mengadakan perlawanan bersama sahabat dikalangan guru dari Kelab Guru SK Pusat.

Perlawanan sulung kelab Guane FC yang bermula jam 930 malam ini dibarisi oleh pemain seperti Syed,Dil,Zem,Zul,Zaik,Zaki,Lotpi,Hadi dan Fakru manakala kalangan sahabat guru dari SK Pusat ialah Mat Yee,Mat Sharfiza,Kairi,Saipo,Husaini dan dua lagi pemain.

Walaupun sudah sebulan semua pemain Guane Fc tidak menyentuh bola,namun rentak permainan masih lagi dikira okay.Dil masih lagi kuat rembatannya walaupun banyak yang tak kena sasaran gol,Zem masih lagi lincah gelek bola walaupun bola doh bulat,Fakru masih lagi boleh stop bola walaupun boloa dok berapa nok berenti ,Lotpi masih lagi boleh passing bola walaupun jauh sikit,Zul masih lagi boleh tendang dengan tepat walaupun pakai kasut baru,Zaki masih lagi boleh jereba bola dua tiga kali,Hadi masih lagi boleh keluar masuk padang dua tiga kali jugok,Syed masih lagi boleh mintak bola walaupun pasing dok tepat sokmo,Zaik masih lagi boleh kejo bola walaupun dok berapa laju...semuanya masih BOLEH.

Pemainan yang selamba dan menyeronokkan ini berkesudahan Guane FC mengatasi Kelab Guru SK Pusat dengah jaringan 14 berbalas 13.Perlawanan berakhir jam 1030 malam.Ini juga salah satu cara nok eratkan perhubungan antara guru....kira okay juga ada kelab macam ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.