Selasa, 13 September 2011

MAJLIS RESTU ILMU

Murid tahun enam yang hadir
Tn Guru Besar menyampaikan ucapan
Tuan Guru Besar menghulurkan sumbangan kepada murid berjaya
Restui ilmu dari kalangan guru wanita
Restui Ilmu dari kalangan guru lelaki

Pada 12 Sept 2011,Selasa ,Unit UPSR di bawah PK1 sekolah ini telah mengadakan Majlis Restu Ilmu yang melibatkan murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada hari Selasa ini.Majlis yang merupakan kemuncak kepada penyampaian ilmu para guru kepada murid ini diadakan setiap kali menjelang UPSR.Sudah menjadi tradisi majlis begini dilakukan di sekolah ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh Pn Rohani,iaitu Pegawai Bahagian Pendidikan dari Pejabat Felda Seberang Tayor ini dimulai dengan perhimpunan 37 orang murid dan guru-guru di dewan Tahun 6.Turut serta ialah Tuan Guru Besar,Para Guru Penolong Kanan,guru-guru tahun 6,guru-guru serta semua murid tahun 6.

Dalam majlis ini,ucapan dari YAB Menteri Besar Terengganu dibaca oleh Tuan Guru besar manakala Ucapan EXCO Pendidikan dibaca oleh PK1.Selain dari ucapan,majlis juga diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamli Hj Ya dan diikuti dengan majlis bersalam diantara para guru dan murid.Majlis yang bermula jam 1215 berakhir jam 115 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.