Isnin, 3 Januari 2011

GURU BESAR BERTUKAR

En.Hamzah Ahmad.....bertukar ke SK Sri Geliga
Guru Besar Baru...En.Kamarudzaman bin Hashim

Pada 3 Jan 2011,Isnin.....diketahui bahawa Guru Besar SK.RKT Seberang Tayor,En Hamzah bin Ahmad yang telah berkhidmat di sekolah ini hampir 5 tahun secara sah akan bertugas di sekolah yang baru iaitu SK Sri Geliga.Hal ini disampaikan sendiri oleh PK 1 iaitu Tn Hj Mohd Zor bin Ali kepada GPM dan rakan guru lelaki yang berada di kantin sekolah sewaktu menikmati makan rehat.En.Hamzah telah membawa satu kecemerlangan yang amat hebat untuk dikenangkan oleh semua warga sekolah ini apabila telah melahirkan 9 murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010.Kami semua warga sekolah ini mengucapkan Selamat bertugas di sekolah yang baru untuk Tuan Guru Besar.

Guru Besar yang baru ialah En.Kamarudzaman bin Hashim,dari SK Ayer Puteh,Kemaman diberi tanggungjawab memimpin guru-guru di sekolah ini.Kami semua warga sekolah ini mengucapkan Selamat datang kepada Tuan Guru Besar yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.