Isnin, 17 Januari 2011

KELAB GURU RKT MAIN FUTSAL

BERSEDIA.......pakai kasut tu wehhhh
PEMAIN .......Dir,Pi dan Fakrul
BERGAYA...Ek,Zem,Fakrul,Pi,Syed,Dir dan Ki
LAGI.....kepenatan tapi masih sempat bergaya
Menanti wisel ditiup untuk masuk padang

Pada 16 Jan 2011,Ahad malam jam 10 mlm,Kelab Guru MGK telah mengadakan perlawanan persahabatan Futsal dengan pasukan Hospital Daerah Kemaman di Gelanggang FUTSAL Pejabat Daerah Kemaman.Perlawanan persahabatan ini diatur oleh Ustaz Fakrul untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara MGK dengan pihak Kesihatan Daerah Kemaman.

Antara pemain yang mewakili MGK SKRKT ialah Pengerusi MGK Ust Zem,Penjaring terhandal Cikgu Fadzil,Pengelecek lincah Cikgu Syed Amran,Pemain Tengah terhebat En.Lotfi,Penjaga Gol tersedap Cikgu Zaki,Bek termahal Cikgu Zaik,Pemain dibeli En.Harir dan Secorer ternama Ust Fakrul.

Walaupun tewas 7 -3 namun perlawanan sengit telah mendapat penaja air miniral dari Uztaz Zem sebanyak 3 botol.Selain itu,pemain yang terhebat ialah Cikgu Syed apabila berjaya memakai kasut bergaya untuk bermain bola tanpa dikenakan kad merah maupun biru.Dengan bayaran RM25.00,pemain pasukan ini balik ke rumah masing-masing dengan seronoknya kerana kepenatan mengejar bola.

Mana-mana pasukan yang berani berlawan dengan pasukan ini,amatlah dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.