Isnin, 31 Januari 2011

JAMUAN PERPISAHAN GB HAMZAH

Guru menjamu selera
Beratur mengikut giliran
En.Kamarudzaman menyampaikan cenderahati kepada En.Hamzah
Bergambar kenangan...guru wanita
Bergambar kenangan ...guru lelaki
Pada 30 Jan 2011,Ahad jam 300 ptg bertempat di Impiana Resort Cherating,MGK SKRKTST telah mengadakan Jamuan Majlis Pertukaran Mantan Guru Besar En.Hamzah bin Ahmad.Turut hadir dalam majlis ini ialah semua guru dan kakitangan sekolah termasuk Tuan Guru Besar En.Kamarudzaman bin Hashim serta Tuan Pengerusi PIBg En.Yusof bin Mat Ali.

Majlis yang dipengerusikan oleh juruacara hebat Pn Nafisah bt Ismail telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz CW Fakrul Anuar.Hadirin pada petang ini dijamukan dengan hidangan makan tengahari.

Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar serta Pengerusi PIBG dan diakhiri dengan ucapan mantan Guru besar.Dalam ucapan tersebut,beliau melahirkan rasa gembiran kerana semua warga sekolah ini sentisa memberi kerjasama dalam memastikan sekolah ini mencipta kejayaan.

Kemudian,MGK telah menyampaikan hadiah berupa cenderahati untuk mantan guru besar yang telah bertugas hampir 6 tahun 2 bulan lamanya.Majlis besurai jam 5.00 petang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.