Khamis, 6 Januari 2011

MAJLIS PERPISAHAN GB BERSAMA MURID

Cikgu Syed mempengerusikan majlis
Cikgu perempuan yang hadir
Pengerusi MGK,Ustz Zem membetulkan barisan murid
En.Hamzah menerima cenderahati dari wakil murid tahun 5
HIBA......bersalaman dengan murid
MENAHAN SEBAK......suasana pilu

Pada 6 Jan 2011,Khamis jam 12.00 tgh telah diadakan satu majlis ucapan ringkas perpisahan Guru Besar,Cikgu Hamzah Ahmad yang akan bertukar ke Sk Sri Geliga.Suasana ringkas penuh hiba ini diadakan di dewan SKRKTST.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh Cikgu Syed,bacaan doa oleh Ustz Fakru,ucapan wakil murid oleh adik azza,ucapan wakil guru oleh Cikgu Zaik,Ucapan balas oleh Guru Besar disusuli dengan majlis menyampaikan hadiah dari kelas kepada guru besar dan majlis bermaafan.

Sesungguhnya pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi sekolah ini kerana selama 6 tahun Guru Besar,En.Hamzah Ahmad bertugas di sekolah ini, telah banyak membawa kejayaan samada dalam kokurikulum maupun kurikulum.Jasa En.Hamzah Ahmad terlalu besar buat sekolah ini dan ianya tetap menjadi kenangan buat semua guru.Selamat Bertugas di sekolah yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.