Jumaat, 30 Disember 2011
PERPINDAHAN GURU: CIKGU ROHAYA KE SK AYER PUTEH
Pada 28 Dis 2011,Rabu,Penulis yang berada di sekolah diberitahu bahawa Pn Rohaya Jusoh,guru SK RKT Seberang Tayor yang mengajar Tahun Satu akan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Ayer Puteh.Perpindahan ini merupakan perpindahan biasa yang melibatkan guru yang telah lama bertugas di sesebuah sekolah.
Sekolah ini yakin dan percaya bahawa Pn Rohaya Jusoh yang sentiasa memberikan komitmen terbaik semasa berada di sekolah ini akan terus memberikan komitmen yang terbaik juga semasa berada di SK Ayer Puteh kerana penulis yakin Pn Rohaya yang begitu banyak pengalaman mengajar di Tahun Satu dapat mencurahkan ilmunya semasa berada di SK Ayer Puteh nanti.
Pn Rohaya bt Jusoh
Penulis dan guru serta kakitangan sekolah ini memohon kemaafan seandainya ada tersilap kata dan pergurauan kerana yang baik itu pastinya dari ALLAH dan yang kurang,yang tak baik itu adalah dari kekurangan penulis serta kakitangan SK RKT ST.Perpindahan ini bukan haalngan untuk penulis,kakitangan dan warga SK RKT ST untuk terus menjalinkan silatulrahim dengan Pn Rohaya.Selamat menjalankan tugas di tempat baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Besi pembahagi laluan membeli di kantin Pada 16 Januari 2012,Isnin,penulis melihat perubahan di kantin apabila besi pengadang untuk m...
-
Pemain RKT berbaju putih Pemainan baru bermula Gaya tersendiri Nak buang out niiii Kejo YUP kejo Pemain SK Seberang T...
-
Kain rentang Hari Kokurikulum Pertandingan Gubahan...Pengakap Naib Juara dengan gubahan tengkolok Gubahan Merak dari Puteri Islam Tuan Guru ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan