Khamis, 24 Oktober 2013

MESYUARAT PERMUAFAKATAN SARANA SEKOLAH SARANA IBUBAPA MEMUPUK KERJASAMA KOMUNITI DI RKT

 Slide Mesyuarat Permuafakatan
 Kalangan pemimpim masyarakat yang hadir
 PK Ko En Ruzaidi mempengerusikan mesyuarat
 Pengurus FELDA En Jamil bersama Ketua Polis Balai Sjn Zulkifli
 PK Ko {Kanan}
 Jururawat Desa bersama Wakil wanita
 SU PIBG Cikgu Zaik mencatat minit perjumpaan
 Bahan SARANA yang dimaklumkan kepada wakil komuniti
 Jamuan ringan

Pada 24 Okt 2013,Khamis jam 1100 pagi,PIBG bersama pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat permuafakatan SARANA yang melibatkan ketua-ketua komuniti dalam memastikan SARANA SEKOLAH SARANA IBUBAPA turut menjadi salah satu agenda program yang dijalankan di sekolah ini.

Turut dimaklumkan ialah Tuan Guru Besar tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat di PPD Kemaman manakala YDP PIBG pula menjalani rawatan pembedahan usus.

Mesyuarat pertama ini telah dupengerusikan oleh PK Kokurikulum En Ruzaidi bin Ibrahim bersama SU PIBG Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.Dalam mesyuarat permuafakatan kali pertama ini turut hadir ialah Tuan Pengurus FELDA Seberang Tayor iaitu En Jamil bin Abbas,En Zulkifli bin Che Mat Ketua Polis Balai Ayer Puteh,En Yusof bin Salleh Wakil Platun RELA,Wakil dari Ketua Wanita UMNO FELDA,Wakil dari Klinik Desa dan ahli AJk PIBG serta beberapa orang ketua komuniti lagi.

Dalam mesyuarat ini,PK Kokurikulum telah menerangkan tujuan perjumpaan ini dan majlis bersetuju dengan penubuhan JK Permuafakatan.Selain itu turut ditubuhkan ialah jawatankuasa kecil yang terdiri dari Jawatankuasa perhubungan dan komunikasi,JK Keceriaan fizikal sekolah,JK Keselamatan,JK Kesihatan dan JK Penambahbaikan pendidikan.

Majlis juga bersetuju untuk melantik beberapa lagi ketua komuniti seperti Ketua GWP FELDA dan Ketua Peneroka FELDA sebagai AJK dalam JK Permuafakatan ini.

Majlis mesyuarat berakhir jam 1200 tengahari dengan jamuan di kantin sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.