Isnin, 28 Oktober 2013

179 ORANG MURID RKT SERTAI JOM MEMBACA SEMPENA KEM MEMBACA 1MALAYSIA DAN PROGRAM READ

 Murid bersama banner program
 Murid mula membaca buku yang diagihkan
 Guru kelas turut sama membaca
 Pelbagai buku boleh dibaca
 Suasana senyap dalam kelas
 Khusyuk membaca
 Nik Mah membaca buku cerita
Murid tahun dua turut membaca

Pada 28 Okt 2013,Isnin jam 745 pagi telah dijalankan Program Kem Membaca 1Malaysia dimana seramai 179 orang murid dari RKT telah mengambil bahagian memca buku selama 30 minit.
Walaupun hari ini Peperiksaan Akhir Tahun masih berjalan,namun jadual perjalanan program ini yang disusun sebaiknya tidak menggangu kelancaran Jom Membaca.

Murid dan guru diberi taklimat ringkas oleh GPM Cikgu Mat Zaik semasa perhimpunan pagi dan kemudiannya murid berbaris masuk ke kelas serta guru kelas mula mengagihkan buku yang disediakan oleh Guru NILAM dan Guru Perpustakaan iaitu Cikgu Wan Suryani dan Cikgu Zainab.

GPM mula memberi isyarat pada pukul 750 pagi dan murid mula diam membaca buku yang dibekalkan dengan kawalan guru kelas.Sambutan yang cukup menggalakkan apabila semua murid diam membaca buku.PK HEM Pn Dorothy turut sama memantau perjalanan program ini.Program membaca ini tamat pada pukul 815 pagi untuk memberi laluan Peperiksaan Akhir Tahun.Buku-buku yang diagihkan kemudiannya dipungut semula oleh Pengawas Perpustakaan untuk disimpan semula di rak yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.