Selasa, 10 September 2013

TUAN PPD KEMAMAN "TURUN PADANG" BERI SEMANGAT KEPADA CALON UPSR RKT

 Kenderaan rasmi PPD di RKT
 Tuan PPD memberikan kata-kata semangat untuk calon UPSR
 Tuan Guru Besar bersama PK1 mengiringi Tuan PPD
 Murid bersama memberi perhatian
Wajah calon UPSR RKT 2013

Pada Isnin 9 Sept 2013,Tuan PPD Kemaman Tn Hj Sulaiman bin Mohamed telah hadir dengan kenderaan rasmi PPD Kemaman di RKT untuk melihat persiapan dewan peperiksaan serta untuk bertemu dengan 28 orang calon UPSR RKT.

Kehadiran Tuan PPD Kemaman telah disambut oleh Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama PK1 Pn Asmarani bt Abdullah yang kemudiannya bersama ke bilik darjah Tahun 6 Bestari untuk bertemu mesra dengan calon UPSR.

Tuan PPD telah meluangkan masa untuk memberi kata-kata semangat dan pengharapan kepada calon UPSR yang bakal menghadapi UPSR pada Selasa 10 September 2013.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan PPD atas kesudian meluangkan masa bersama murid UPSR dan tenaga pengajar serta warga RKT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.