Selasa, 10 September 2013

GURU RKT ADAKAN POKLAT PENGAT DURIAN AKHIRI JAMUAN RESTU ILMU UPSR

 Cikgu Zita dan Cikgu Mas jadi tukang masak seketika
 Ustazah Su...ketua POKLAT Pengat Durian
 Cikgu Harun....fasih cekah durian
 Dah masak......nak dihidangkan niiiiii
 Durian dah dicekah....enaknya
Kalangan guru yang sedang makan pengat durian

Pada 9 Sept 2013,MGK bersama dengan Ketua POKLAT Ustazah Su telah bersama bermaufakat untuk mengadakan jamuan ringan sebagai simbolik menghargai pengorbanan dan kesungguhan guru serta kerestuan guru mengajar murid UPSR tahun 2013 ini.

Untuk menjayakan ini,sebanyak 2 kilo santan telah disediakan dengan hampir 20 biji buah durian dan 2 kilo nasi pulut telah ditanak untuk jamuan guru sempena Majlis Restu Ilmu dan Perbincangan Hari Sukan 2013.

Antara guru yang sempat penulis tinjau memberikan ruang untuk membantu memasak ialah Cikgu Zita,Cikgu Mas,Cikgu Su,Cikgu Sal,Cikgu Harun,Cikgu Zaki,Cikgu Fadzil,Ustaz Zul,Cikgu Zaik dan Pembantu ra Pn Fidah serta Cikgu Shikin yang bergilir memasak sewaktu rehat.

Proses menasak selesai jam 1200 tengahari dan jamuan bermula jam 100 tengahari sehingga 130 petang.Selain makan dengan nasi pulut,pengat durian ini juga dapat dicicah dengan Roti Sarawak yang dibuat khas oleh Cikgu Wina yang berasal dari Sarawak.Turut sama memberi respon dan menikmati hidangan jamuan POKLAT Pengat Durian ialah Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.