Rabu, 18 April 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS BERMULA

 Antara yang terlibat sebelum proses keceriaan dijalankan
 Pekerja dengan dibantu oleh En Abu Bakar mengalih rak
 En Mahdi dan En Bakar berbincang bagaimana untuk menampal kad
 Pn Rusmini dan Pn Roslaiini mengukur bahan untuk dipotong
Pn Salamiah dan Pn Rusmini menampal kad

Pada 16 April 2012,Isnin bermula jam 800 pagi,Program Khidmat Bantu PSS bagi SK RKT Seberang Tayor telah dimulakan.Khidmat Bantu PSS ini telah mendapat khidmat 3 orang GPM iaitu Pn Rusmini dari SK Binjai,Pn Ana Juliana dari SK Pasir Gajah dan Pn Roslaiini dari SK Ibok dengan dibantu oleh En Abu Bakar dari PKG Binjai dan En Wan Mohd Mahdi dari PKG Durian Burung.

Program Khidmat Bantu PSS ini lebih tertumpu untuk mengindahceriakan bilik Perpustakaan di bawah pengurusan Cikgu zainon Othman.Turut membantu dalam Program Khidmat Bantu ini ialah GPM SK RKTST iaitu Cikgu Mat Zaik.

Antara kerja yang dilakukan ialah mengindahceriakan sudut bercerita,sudut info semasa,sudut Nilam,kaunter pinjaman dan pintu masuk perpustakaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.