Jumaat, 20 April 2012

MURID TH 4 RKT TERIMA E-BOOK DARI YB HAKIM

En Mohd Lotfi bersama Penyelia Ebook sekolah DUN Ayer Puteh.

Pada 19 April 2012,bertempat di SMK Ayer  Puteh telah berlangsung Majlis Penyerahan E-Book kepada murid di DUN Ayer Puteh yang melibatkan murid di sekolah sekitar.Majlis yang bermula jam 900 pagi ini di rasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh Kemaman.

Seramai 32 orang mrid tahun 4 dari SKRKT Seberang tayor telah menerima E-book pada hari tersebut yang mana semua murid ini diiringi oleh ibubapa penjaga masing-masing.Turut hadir dimajlis ini ialah Tuan Guru Besar En Kamarudzaman bin Hashim bersama PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid.

Penyelia E-Book SKRKTST,En Mohd Lotfi bin A Rashid bersama penyelia E-book dari seklah sekitar bertugas sebagai pemudahauturan bagi melicinkan perjalanan pembahagian E-book.Majlis berakhir jam 1100 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.