Khamis, 26 April 2012

LARIAN MERENTAS DESA MERIAH SEKALI

Cikgu Dil beri arahan

Pada 26 April 2012,Khamis telah diadakan larian Merentas Desa peringkat sekolah yang mana melibatkan Murid tahap 1 dan tahap 2.Program yang bermula jam 815 pagi didahului dengan penerangan aturcara oleh Setiausaha Sukan Cikgu Mohd Fadzil Abdullah.Kemudian murid dibimbing untuk acara memanaskan badan melalui senamrobik ringkas.
 Murid memulakan senamrobik di dataran himpun
Guru Besar,En Kamarudzaman mengkalongkan Medal kepada penemang
Jam 830 pagi,Tuan Guru Besar En Kamarudzaman Hashim telah diberi penghormatan untuk melepaskan murid membuat larian mengikut tahun.Seramai 180 orang murid telah menyertai Larian Merentas Desa ini.

Murid membuat larian mengikut dua trek iaitu trek tahap 1 iaitu dilaluan bawah bukit peringkat 1 FELDA,manakala trek dua ialah laluan atas bukit FELDA meliputi trek lelaki sejauh 3.5 km dan trek perempuan sejauh 3 km.

Selesai larian pada jam 930 pagi,acara penyampaian hadiah dipengerusikan oleh Cikgu Mat Zaik dijalankan di Dewan Sekolah.Majlis sekali lagi disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.Dalam pungutan mata,Rumah Merah dan Rumah Hijau berkongsi mata iaitu sebanyak 131 mata manakala rumah biru mendapat 98 mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.