Jumaat, 10 Februari 2012

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2012

 AJK yang hadir
 Mendengar maklumat dari Pengerusi PIBG
 Memulakan mesyuarat
PK Ko dan PK HEM turut hadir

Pada 9 Feb 2012,Khamis jam 215 petang,PIBG sekolah ini telah mengadakan mesyuat AJK kali pertamanya bertempat di Bilik Mesyuarat ,Perpustakaan Sekolah.Mesyuarat kali pertama ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar,En Kamarudzaman Hashim,PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK Koko Pn Dorothy.

Selain itu,turut hadir ialah Pengetua Sekolah agama Rakyat,Tn Hj Ramli bin Yaakob dan Wakil Pejabat FELDA Seberang Tayor,Kemaman.Kalangan AJK guru yang dapat hadir ialah Pn Noorazita selaku S/U,Pn Zainab,Pn Marfazilia manakala kalangan AJK yang hadir ialah Tg Mustafa bin Tg Jaafar.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Yusof bin Mat Ali Pengerusi PIBG antara lain membincangkan tarikh mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada bulan MAC 2012 nanti serta maklumat tentang program sekolah bagi tahun 2012.Mesyuarat berakhir jam 400 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.