Isnin, 13 Februari 2012

DUA GURU DARI SKRKTST BAKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI UUM,SINTOK

Pada 12 Feb 2012,penulis mendapat perkhabaran bahawa dua orang guru dari sekolah ini akan melanjutkan pelajaran di UUM Sintok,Kedah.Tahniah penulis ucapkan kepada Cikgu Mohd Zaki dan Cikgu Mohd Fadzil,dua orang guru yang menjadi tonggak utama sekolah ini kerana telah menunjukkan dayausaha yang kehadapan dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam pengajian Bahasa Malaysia.
Cikgu Mohd Zaki
Cikgu Mohd Fadzil

Mereka berdua akan turut disertai oleh dua orang lagi bekas guru sekolah ini iaitu Cikgu Syed Amran Tuan Padan yang akan melanjutkan pelajaran di UUM Sintok serta Ustaz Zamli bin Hj Ya yang akan balajar di Kuantan.Hendak seribu daya...inilah yang telah ditunjukkan oleh 4 orang guru,Tahniah penulis ucapkan.

1 ulasan:

  1. Tahniah untuk semua sahabatku. selamat menjadi pelajar 'mahasitua'

    BalasPadam

Sambutan Hari Jadi Murid.