Rabu, 2 Mac 2011

GUANE FC..KELAB FUTSAL SKRKTST

Zem menunjukkan tag jersi yang baru dibuang...Jersi barulah tuuu

Pengurus Pasukan,LOQ-P mencuba jersi baru
Joget ronggeng keeeee
Pemain berehat seketika
ZEm Zident bergaya menggelecek....
Pemain...dari kiri..Zen Zident,Eighk,Chah,Fark,Dheel,Key dan duduk Loq-P dan Merant.

Pada 1 Mac 2011,Kelab Futsal SKSKTST telah menamakan kelab dengan nama GUANE FC.Inilah julung kalinya kelab Guane FC menetapkan nama setelah bermuzakarah selama 30 minit di kantin sekolah semasa rehat untuk memilih nama sempena kehadiran "Jersi Baru Warna OREN".

Mengapa pilih GUANE ?......mudah sahaja..ianya bahasa loghat teranung yang maha famous..
Mung main GUANE...dah guane kalah...Guane mung menang hari ni...Nok mari main Guane..dan macam-macam lagi.....jadi sepakat pilih GUANE...guane gamok?

GUANE FC telah mengadakan perlawanan pertamanya dengan jersi baru menentang kelab Guru Seberang Tayor,dimana semua pemain GUANE FG turun berentap termasuk pemain import dari BALUK Pahang iaitu CHAH Kettind.

GUANE FC telah bermain dengan baik hari ini apabila dapat menjaringkan 14 gol manakala pihak lawan pula menjaringkan 6 gol.Ini merupakan satu kejayaan kerana semangat jersi baru begitu membuatkan semua pemain bersemangat termasuklah tuan punya sponser baju iaitu Cikgu Zakie.

Dengan slogan "Sukan Untuk Kesihatan"...pemain kelab GUANE FC bermain dengan penuh keyakinan dan kemenangan yang begitu berjaya bakal melerakkan harga pemain GUANE FC akan meningkat terutama penyerang handalan iaitu MERANT dan DHEEL.

Lain-lain pemain GUANE FC ialah ZEM Zident,FARK,LOQ-P,EIGHK dan KEY .Apa-apapun, kutipan kelab setakat yuran bulan Januari yang dikenakan sebanyak RM10 seorang ialah RM65.00.GUANE FC sedang mencari sponser.Jadilah sponser kepada Kelab GUANE FC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.