Ahad, 18 Januari 2009

KEDAI SEKOLAH

Belilah ...apa lagi ........banyak barang depan awak tuuu.
Boleh tawar tak hargaya cikgu...?

Cikgu Mat Zaik..mana pelanggan hari ni....tak ada lagi kee....


KEDAI SEKOLAH TERUS DIKUNJUNGI


Kedai Sekolah adalah merupakan tempat murid SK.RKT Seberang Tayor mendapatkan peralatan buku dan alatulis apabila berada di sekolah.Kedai sekolah akan dibuka pada pukul 945 pagi hingga 1045 pagi bagi memudahkan murid tahap satu dan tahap dua membuat pembelian.


Kedai sekolah yang diuruskan oleh Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof sejak tahun 1999 lagi menjual peralatan seperti pensil,pemadam,buku tulis,gam,lukisan dan lain-lain lagi.Dengan prinsip keuntungan untuk murid,Kedai Sekolah ini antara lain memberi sumber kewangan yang digunakan semula untuk Hari Anugerah Cemerlang setiap tahun.Walaupun berkongsi tempat dengan bilik sukan,Kedai sekolah masih boleh menyumbang baktinya dalam menyediakan keperluan alatulis kepada murid sekolah ini.Ini adalah kerana adanya sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah dalam membantu menjadikan Kedai Sekolah terus berfungsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.