Jumaat, 2 Januari 2009

HARI PENDAFTARAN 2009

Cikgu Zawiah dan Cikgu Zawati melayan ibu murid membuat pembayaran

En.Mohd Haslam,Pengurus Felda hadir membuat pembayaran alatulis

RAMAI IBUBAPA HADIR DAFTAR ANAK 2009
Hari pendaftaran yang dibuat pada 1 Januari 2009,Khamis mendapat sambutan dari ibubapa murid.Ibubapa yang hadir untuk membuat pengesahan kelas anak-anak serta membeli peralatan sekolah dilayan dengan penuh mesra oleh 10 orang guru kelas yang bertugas.

Tahun satu diuruskan oleh Cikgu Rohaya dan Ustazah Zainab,Tahun 2 oleh Cikgu Zainon,Tahun 3 oleh Cikgu Azlin dan Cikgu Zatipah,Tahun 4 oleh Cikgu Zawiah dan Cikgu Zawati,Tahun 5 oleh Cikgu Noorazita dan Cikgu Mazlina ,Tahun 6 oleh Cikgu Marfazilia dan Cikgu Rohana manakala PRA pula oleh Cikgu Shahida dan Pn.Rafidah.


Turut hadir memberi galakan dan beramah mesra dengan ibubapa pada hari tersebut ialah Guru Besar,En.Hamzah Ahmad,PK 1 Pn Rosemariah dan PK HEM Tn Hj Mohd Zor serta penyelaras kedai sekolah iaitu Cikgu Mat Zaik.Selain itu Pengerusi PIBG iaitu En.Yusof bin Mat Ali serta Pengurus Felda Seberang Tayor ,En.Mohd Haslam turut hadir memberi sokongan terhadap majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.