Selasa, 20 Januari 2009

GURU BERTUKAR LAGI......

Cikgu Norulhisham nak lapor diri .....baru ditukarkan ke sekolah ini
Cikgu Zawati dipeluk erat oleh Cikgu Zainon ....sedih menyelubungi suasana

CIKGU ZAWATI BERTUKAR KE SK KG TENGAH,KEMAMAN

SK.RKT Seberang Tayor kehilangan seorang lagi guru yang sentiasa memberikan komitmen dalam menjalankan tugas apabila Cikgu Zawati Rozali telah ditukarkan ke sekolah Kebangsaan Kg Tengah,Kemaman bermula pada 18 Januari 2009.

Cikgu Zawati yang memulakan khidmatnya di sekolah ini pada tahun 2005 adalah merupakan Penyelaras SBT dan Pengerusi TKRS yang begitu disayang oleh murid sekolah ini.Namun kerana tugas,beliau akur dengan arahan yang dikeluarkan memandangkan sekolah ini mempunyai guru yang melebihi dari yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun,sekolah ini turut menerima seorang guru baru iaitu Cikgu Norulhisham bin Mohamad yang berpindah dari SK Seberang Tayor.Beliau ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini.Warga sekolah ini mengucapkan Selamat berpisah Cikgu Zawati dan selamat datang kepada Cikgu Norulhisham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.